Ada kalanya dalam hidup ini perasaan kasih sayang yang ada
masih belum mencukupi. Lebih-lebih lagi apabila kasih sayang itu dilingkari
dengan syarat-syarat tertentu. Ia masih belum mampu mengubah persekitaran yang
ada. Apa yang diperlukan adalah kasih sayang yang lebih tulus dan kudus, kasih
sayang tanpa syarat.
Bukankah kasih sayang Allah pada kita tanpa syarat. Dia menjadikan kita dengan sempuran tanpa mengharapkan apa-apa daripada kita. Kalau dihitung segala pemberian Allah kepada kita, maka tidak habis kita hendak menghitung pemberian Allah itu. Demikianlah kasih sayangNYA pada kita.
Begitu juga seharusnya yang berlaku dalam cetusan emosi kasih sayang sesama insan mengikut prinsip yang sama. Kasih sayang di antara seorang ibu dan anak bukanlah kerana ibu mengharapkan masa tua, anak akan membalas jasa ibu, kasih sayang sahabat kepada sahabat bukanlah kerana ingin memilikinya.
Namun begitu, persengketaan sesama insan sering menenggelamkan perasaan kasih sayang. Persekitran hidup yang sebelumnya indah, akhirnya dipenuhi dengan perasaan kebencian, dendam, cacian dan sebagainya. Segala kebaikan yang pernah dicurahkan, semua terpadam daripada ingatan. Perkara yang berlegar-legar di fikiran hanya rancangan-rancangan negatif yang bakal menambah kelukaan jiwa ke tahap yang lebih parah.

Tapi, jangan kita terlupa suatu hari nanti setiap patah kata yang kita ujarkan untuk menghina orang lain sebenarnya akan menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri.
Justeru dalam mengharungi apa jua kemelut yang berlaku, hidup dan suburkan kembali rasa kasih dan sayang ini. Nilai kasih dan sayang ini perlu ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih bermakna iaitu sayang yang tidak bersyarat atau KASIH SAYANG TANPA SYARAT.

Sayang Iz: Bila kita sudah tiada nanti pasti ada yang berkata " kalaulah dia ada....."