Mengeluh..... ,penat melalui rutin hidup hari demi hari, terasa pening kepala memikirkan semua benda yang perlu dibereskan. ...... semuanya hanyalah sakit lahiriah, bukan batiniah. Memikirkan diri sendiri dan ummah lebih membimbangkan. Bagaimana dan apakah kesudahannya?!
Begitulah kehidupan di dunia ini, diri sering disapa Allah dengan ujian. Setiap hamba Allah itu pasti menerima ujian Allah kerana sifatnya sebagai hamba Allah. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar dalam jiwanya. Dan tiadalah seseorang itu dikatakan SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.
Kadang-kadang kita mudah dan cepat sangat mengeluh dan berasa lelah atas semua yang menimpa dan apa-apa yang kita lakukan. Ketahuilah lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri kita.
Menempuh kehidupan dengan ujian Allah memberi peringatan kepada kita bahawa ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Ujian datang dari pelbagai arah, kecewa, dipermainkan, kegagalan, dihina. dimaki, dikhianati juga kesakitan. Itu semua adalah kasih sayang Allah. Sebenarnya Allah ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap pendirian.
Ujian dan dugaan yang datang mematangkan diri kita menghadapi kehidupan. Secara tidak langsung Allah ingin memberitahu kita bahawa sesungguhnya banyak perkara yang membolehkan kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.
salam bloggers, banyak input yang saya perolehi dalam blog ini. diharap masa hadapan pn. dapat membantu saya menyiapkan tugasan yang diberi berserta jawapan peperiksaan sekali.amiiiiiiiiiiin... :)
ReplyDelete