Setiap hari kita pasti akan mendengar pelbagai kisah hidup.
Bermula dari kisah yang menggembirakan hingalah kisah yang membawa duka
nestapa. Kita mungkin memikirkan yang kita beruntung menjadi pendengar cerita
suka dan duka tanpa membayar apa-apa pun. Tetapi kita mungkin lupa yang dalam
cerita itu, mungkin banyak cerita kritikan tentang perihal sikap atau perangai
orang lain.
Kita begitu mudah melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tanpa kita menilai kesalahan yang kita lakukan sendiri. Kita gemar memberi komen atas orang lain namun jarang sekali memberi komen terhadap diri sendiri.
Satu hal yang mungkin kurang kita amati hasil dari mengkritik orang lain adalah penanaman sikap negatif yang mula mengambil tempat dalam minda bawah sedar kita. Apabila kita terlalu rajin mengkritik orang lain, di mata kita semua orang melakukan keburukan atau kita suka memperlekehkan orang lain, tanpa kita sedari secara tidak langsung kita melakukan hukum pengulangan. Hukum pengulangan menyatakan bahawa sesuatu perkarra yang dilakukan secara berulang kali akan membawa kepada satu keterbiasaan. Keterbiasaan ini pula akan membawa kepada satu perubahan fisiologi yang baru tidak kira sama ada positif atau negatif. Apabila kita sering berkata nista, maka kita sebenarnya menanam secara perlahan-lahan tetapi utuh akan kata-kata nista itu di dalam minda bawah sedar kita hingga akhirnya kita menjadikannya satu sikap baru.
Jika kita merasakan yang kita dikritik, maka mulai hari ini fahamlah bahawa mereka yang memberi kritikan itu juga tidak terselamat dari hukuman. Biar sekecil mana kebaikan tetap juga mendapat balasan, begitulah sebaliknya. Kita perlu hidup dalam kasih sayang. Kita boleh memberi nasihat tetapi bukan kecaman. Kita boleh memberi nasihat kerana Allah SWT dan bukan atas kehendak diri.

Sayang Iz:Kita perlu ingat bahawa apa yang kita katakan itu adalah satu saranan untuk diri kita supaya bersikap sedemikian di akhirnya nanti................!
No comments:
Post a Comment